Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 8, 2010

Wajah Misteri

Wajah siapakah itu? Antara misteri persoalan yang belum terjawab hingga kini. Memang tidak dapat dinafikan lagi, sebentuk wajah bersaiz gergasi mirip seorang lelaki yang berusia telah muncul di sebalik kepulan asap tebal berwarna kelabu yang mencemari udara. Fenomena aneh sebegini amat jarang sekali berlaku apatah lagi pada waktu siang. Ramai pihak bingung memikirkan kejadian sebegini, dan hingga kini masih belum ada jawapan yang pasti mengapakah ia berlaku dan apakah mesej yang cuba disampaikan.

Wajah misteri muncul? Cuba anda perhatikan bulatan yang terdapat pada gambar tersebut, itulah wajah misteri yang muncul sebalik ombak besar yang menghempas kapal di mana datangnya secara tiba-tiba. Banyak persoalan telah dibangkitkan oleh ramai pihak, namun tidak kurang juga dengan yang kurang percaya. Dan apa yang pasti, segalanya tidaklah menghairankan kerana di laut sememangnya dihuni oleh pelbagai makhluk halus yang tinggal di dalamnya umpamanya iblis laut. Sesuai dengan sebuah hadis yang menyatakan makhluk halus bukan sahaja hidup di udara tetapi dalam tanah dan juga di dalam air.

Sumber: dari berbagai sumber

0 Comments:

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates