Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 15, 2010

LUCKNOW: Sama ada telah berkawan sejak lama atau hanya kebetulan, seekor katak menggendong seekor tikus di tengah kepungan banjir. Peristiwa luar biasa yang sempat dirakamkan oleh kamera di Lucknow, sebuah kota bahagian utara India, tidak lama sebelum ini ketika tibanya musim hujan.

Di beberapa wilayah India yang juga mengalami musim kering, katak adalah salah satu haiwan yang mendapat tempat.

Menurut berita, penduduk beberapa desa di India memiliki kebiasaan mengadakan upacara perkahwinan katak.

Kedua-dua ekor katak 'diberkati' dengan pewarna merah di dahi dan kunyit, seperti manusia yang dikahwinkan. Katak jantan dan betina yang dikahwinkan kemudian dilepas ke kolam khas yang dianggap sebagai hadiah bulan madunya.

"Jika melakukannya, Varuna atau dewa laut akan memberkati kami dengan hujan," kata Beni Prasad, seorang petani di Desa Khapa.'

Musim hujan yang disebabkan oleh angin monsun yang datang setiap tahun menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah India. Bahkan tahun lalu banjir besar di Bombay telah mengorbankan sekitar 1,000 orang. Hujan besar yang datang beberapa hari terakhir menimbulkan kekhuatiran kerana menyebabkan banjir setinggi lutut di kota berpenduduk 17 juta orang itu.



Sumber: http://www.maxx.my



GAMBAR menunjukkan seorang bayi menyelam di sebuah kolam di Osterly, London Barat.

Percaya atau tidak bahawa bayi dalam usia 6 minggu boleh menyelam? Pelik-pelik..

LONDON - Detik-detik beberapa bayi menyelam di sebuah kolam renang di Osterly, London Barat dirakamkan oleh seorang jurugambar, Phil Shaw, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurugambar berusia 40 tahun itu membuka perkhidmatan kelas renang dan menyelam, Baby Swim melibatkan bayi seawal usia enam minggu dengan menggunakan pengajar terlatih.

Seorang bayi berkenaan dirakamkan terapung di dalam air seperti gambar kulit muka album kumpulan rock alternatif popular, Nirvana.

"Dengan kelas berenang itu, kami membantu bayi untuk meningkatkan fungsi otak," kata Shaw yang menubuhkan kelas tersebut bersama seorang rakan kongsinya. - Agensi

ROKOK bukan sahaja berbahaya tetapi kini timbul isu kandungan darah babi di dalamnya.


KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

SEORANG penyelidik menunjukkan peralatan yang disediakan dalam kereta yang dipandu dengan menggunakan mata.


BERLIN - Sekumpulan penyelidik Jerman dari Universiti Free di Jerman semalam berkata, mereka berjaya mencipta satu teknologi terbaru yang membolehkan sebuah kereta dapat dipandu dengan hanya menggunakan mata.

Seorang penyelidik, Paul Rojas dan pasukannya turut mengadakan demonstrasi teknologi kereta itu yang dikenali sebagai eyeDriver di sebuah lapangan terbang terbiar di sini.

Stering kereta itu akan bergerak mengikut pergerakan mata.

Teknologi tersebut mampu mengesan arah pergerakan mata pemandu bagi mengemudi kereta sehingga pada kelajuan maksimum 50 kilometer sejam.

"Langkah seterusnya ialah untuk kami cuba memandu hampir 100 kilometer sejam namun cabaran terbesar ialah bagi mengemudikan kereta berkenaan di dalam sebuah bandar raya yang penuh dengan pejalan kaki dan pelbagai halangan lain," katanya.

Bagaimanapun, aspek keselamatan menjadi kebimbangan seperti apakah yang bakal terjadi jika pemandu mengerling seketika ke arah seorang wanita cantik atau cuba mengambil telefon bimbit yang sedang berbunyi.

Bagi menangani isu itu, kereta tersebut dilengkapi dengan alat pemanduan arah global (GPS), beberapa kamera, laser dan pengimbas supaya kenderaan tersebut dipandu secara automatik.

UNIK...Khatijah bersama Zulfazli yang bermata biru.

SAMARIANG: Pelik tapi benar. Itulah keajaiban berlaku ke atas bayi lelaki berusia 18 bulan yang didakwa terkena ‘kenan’ kucing apabila mata hitamnya bertukar biru selepas dua minggu dilahirkan.

Perubahan itu dipercayai berkait rapat dengan kegemaran ibu bayi berkenaan, Khatijah Kassim, 37 yang gemar membelai kucing bermata biru ketika baru beberapa minggu mengandungkan Zulfazli Zaidi.

“Sehingga saya melahirkannya, saya tertarik dengan seekor kucing bermata biru yang saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya.

“Apa yang peliknya, selepas Zulfazli dilahirkan, kucing itu tidak kelihatan lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Semariang di sini, semalam.

Menceritakan bagaimana perubahan pada mata anaknya berlaku, Khatijah berkata, dia mulanya tidak menyedari perkara itu sehingga Zulfazli berusia dua minggu.

“Saya risau dan cemas ketika itu. Macam-macam saya fikir sehinggalah saya membawa Zulfazli ke klinik pakar untuk pemeriksaan.

“Tetapi, doktor pakar menjelaskan matanya normal. Lega hati saya kerana pada mulanya menyangka anak saya buta. Pada masa sama, saya juga hairan kerana ketika usianya kurang setahun, dia memiliki bulu kening panjang serta misai.

“Saya dan keluarga pelik bagaimana mata anak saya berwarna biru sedangkan tiada keturunan kami memiliki mata seperti itu,” katanya.

Khatijah mendakwa kelainan yang ada pada Zulfazli menyebabkan anaknya itu sering menarik perhatian orang ramai terutama ketika dibawa ke pasar sehingga ada yang meminta untuk bergambar.

“Pernah saya bawa Zulfazli ke pasar dan tidak semena-mena ada individu memegang tangannya untuk mengambil gambar,” katanya.

Menurut Khatijah, satu lagi perbezaan yang dikesan ialah anak lelaki bongsunya itu lambat bertutur walaupun memanggil ibu atau ayah jika dibandingkan abang dan kakaknya yang lain pada usia sekarang.

sumber dari : http://paapaada.blogspot.com

;;

Template by:
Free Blog Templates