Sunday, April 14, 2013


Ribuan bebola jeli unggu misteri ditemui di Arizona membuatkan penduduk tempatan di daerah Tuscon bingung dengan kemunculan ribuan bebola kecil berwarna unggu muncul di tengah-tengah padang pasir Arizona. 




Geradine Vargas dan suaminya dikatakan telah menemui benda aneh itu pada Ahad lalu ketika sedang bersiar-siar.

"Kami telah mengambil gambar di sekitar kawasan dan kami hanya..Maksud saya, bagaimana awak boleh terlepas yang ini?" kata Geradine. "Ia seperti berkilauan di bawah cahaya matahari".

"Ia merupakan perkara yang tidak pernah dilihat oleh awak sebelum ini". Sesetengah bebola tersebut kelihatan berair dan ada diantaranya pula kelihatan lutsinar.

"Kami telah mengirimkan email kepada seorang kawan yang juga seorang pakar zoologi, tetapi dia juga tidak tahu apakah benda itu" ujar Geradine kepada seorang pemberita KGUN-9. "Maksud saya, dia sendiri tidak dapat mengenal pasti asal-usul benda tersebut"

Pihak pemberita memeriksa bebola aneh berkenaan dan melaporkan bahawa ia kelihatan seperti 'guli yang melekit dan mengeluarkan air apabila dipicit'.

Darlene Buhrow, pengarah pemasaran untuk Tuscon Botanical Gardens berkata bahawa selepas bercakap dengan pihak yang juga ahli botani berpengalaman, jika bebola tersebut merupakan suatu yang semulajadi, ia boleh jadi terdiri daripada sejenis kulat.

Ada yang mengandaikan bahawa bebola tersebut merupakan salah satu produk daripada Deco Beads yang direka dan kelihatan seperti bebola kecil berisi air yang berfungsi bagi mengelakkan tumbuhan daripada terhidrat akibat kekurangan air. Walaubagaimanapun, ia sedikit pun tidak dapat menjelaskan kenapa ia diletakkan dalam kuantiti yang banyak di padang pasir.




Sunday, April 7, 2013


Seorang gadis terkejut apabila mengalami perubahan penglihatan mata secara tiba-tiba. Mata gadis ini sungguh luar biasa apabila penglihatannya mampu menembusi apa sahaja benda seperti dinding.

Jika kita menonton filem superhero, ada yang dikurniakan kelebihan luar biasa penglihatan mata untuk menembusi sesuatu benda. Namun itu cerita fantasi. Tetapi yang realitinya ia benar-benar wujud apabila seorang remaja yang berusia 14 tahunLaura Castro yang dilahirkan normal seperti orang lain telah dikejutkan dengan perubahan pada matanya. Pada usia 10 tahun matanya menjadi putih semuanya dan bahagian hitam sudah tidak kelihatan. Hal ini juga pernah terjadi kepada seorang kanak-kanak kecil yang memiliki mata seperti kucing. Doktor masih tidak dapat memberi penjelasan mengenai penyakit ini.

Menurut ibunya, anaknya dapat melihat semua di kawasan terang mahupun gelap tanpa ada masalah. Selain itu lebih menakjubkan adalah anaknya boleh Tembus Pandangannya pada benda yang padat seperti dinding, melihat dalam kereta dari jauh macam seorang superhero.

Dia boleh tahu apa yang berlaku disebalik dinding atau bahan yang digunakan untuk membuat dinding tersebut seperti bata dan kayu. Semuanya berlaku pada satu pagi apabila dia bangun , dia terkejut kerana dia dapat tembus pandang tubuhnya sendiri dan melihat jantung serta bahagian bahagian lain. 

Sumber : http://www.fuh.my

Monday, April 1, 2013

Seorang artis, Simon Beck sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam untuk menghasilkan lingkaran misteri tanpa dibantu orang lain di sebuah pusat pelancongan yang menjadi tumpuan penggemar sukan luncur salji di Savoie, Perancis. Beberapa lingkaran misteri dihasilkannya mampu mencapai saiz sebesar enam buah padang bola sepak dan ia dihasilkan secara terbalik kerana proses yang rumit seperti perlu meredah laluan sukar serta bersalji.

“Saya menggunakan kompas untuk membuat lakaran dan titik utama corak lingkaran itu. Dan ia dihasilkan dengan hanya berjalan sambil memakai kasut salji,” katanya. Difahamkan, tujuan utama projek seni tersebut dilakukan adalah untuk menyembuhkan kakinya, iaitu dengan cara berjalan di atas salji. Jom kita tengok gambar menarik lingkaran misteri yang dihasilkan oleh Simon Beck di permukaan gunung salji.











Sumber : melayukini.net




Anda mungkin sudah biasa makan di restoran. Tetapi, pernahkah anda merasakan pengalaman makan yang berbeza? Sebuah restoran di Filipina menawarkan sensasi makan yang sangat tak biasa. Setiap tetamu boleh merasakan gemericik air dan berkecipak di bawah genangan air.
The Labassin Waterfall Restaurant adalah salah satu restoran yang unik yang terletak di Villa Escudero di San Pablo, Wilayah Quezon, Filipina. Setiap tetamu boleh menikmati pemandangan air terjun buatan yang menenggelamkan restoran.

Di sini, Anda akan disungguhkan berbagai hidangan tradisional khas Filipina. Kemudian setelah makan, para pengunjung biasanya duduk dan berbaring di bawah air terjun.


Suasana alam yang menenangkan dan hembusan air yang menggelitik wajah. Sungguh menakjubkan. Konsep restoran ini membuat pengunjung merasa nyaman dan selalu ingin kembali.

;;
Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates