Monday, April 1, 2013

Seorang artis, Simon Beck sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam untuk menghasilkan lingkaran misteri tanpa dibantu orang lain di sebuah pusat pelancongan yang menjadi tumpuan penggemar sukan luncur salji di Savoie, Perancis. Beberapa lingkaran misteri dihasilkannya mampu mencapai saiz sebesar enam buah padang bola sepak dan ia dihasilkan secara terbalik kerana proses yang rumit seperti perlu meredah laluan sukar serta bersalji.

“Saya menggunakan kompas untuk membuat lakaran dan titik utama corak lingkaran itu. Dan ia dihasilkan dengan hanya berjalan sambil memakai kasut salji,” katanya. Difahamkan, tujuan utama projek seni tersebut dilakukan adalah untuk menyembuhkan kakinya, iaitu dengan cara berjalan di atas salji. Jom kita tengok gambar menarik lingkaran misteri yang dihasilkan oleh Simon Beck di permukaan gunung salji.











Sumber : melayukini.net




Anda mungkin sudah biasa makan di restoran. Tetapi, pernahkah anda merasakan pengalaman makan yang berbeza? Sebuah restoran di Filipina menawarkan sensasi makan yang sangat tak biasa. Setiap tetamu boleh merasakan gemericik air dan berkecipak di bawah genangan air.
The Labassin Waterfall Restaurant adalah salah satu restoran yang unik yang terletak di Villa Escudero di San Pablo, Wilayah Quezon, Filipina. Setiap tetamu boleh menikmati pemandangan air terjun buatan yang menenggelamkan restoran.

Di sini, Anda akan disungguhkan berbagai hidangan tradisional khas Filipina. Kemudian setelah makan, para pengunjung biasanya duduk dan berbaring di bawah air terjun.


Suasana alam yang menenangkan dan hembusan air yang menggelitik wajah. Sungguh menakjubkan. Konsep restoran ini membuat pengunjung merasa nyaman dan selalu ingin kembali.

;;
Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates