Tuesday, September 6, 2011






Air Terjun Angel atau Salto Angel adalah air terjun jatuh-bebas tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter (3,212 kaki) dengan jatuh tanpa hambatan sekitar 807 meter (2,647 kaki). Air terjun ini terletak di Rio Caroni, Taman Nasional Canaima, Venezuela. Walaupun pertama kali dilihat di awal abad ke-20 oleh penjelajah Ernesto de Santa Cruz, air terjun ini tidak dikenali dunia hingga ditemui secara rasmi oleh penerbang Amerika, James Crawford Angel yang sedang terbang mencari kedudukan lombong emas. Pada tahun 1936, James Angel kembali dan mendaratkan pesawatnya berhampiran air terjun. Air terjun ini dinamakan "Air terjun Angel" untuk mengenang penemunya, James Crawford Angel. Suku Indian Pemon menyebut air terjun ini sebagai "Auyan-tepui" ("Aiyan-tepui") yang bermaksud "Gunung Syaitan". Ketinggian rasminya ditentukan oleh National Geographic Society pada 1949. Air terjun ini merupakan tarikan pelancong yang terkenal di Venezuela.




Sumber dari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Air_terjun_Angel

;;
Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates