Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 25, 2012












WAJAH baru Charlotte hasil pembedahan plastik dilakukannya

RUPA sebenar Charlotte sebelum dibedah.

LONDON: Peminat Barbie, Charlotte Hothman, membelanjakan RM50,000 semata-mata untuk menampilkan dirinya seperti anak patung keluaran jenama berkenaan, lapor media semalam.

Bekerja sebagai jurujual, Charlotte, 24, mengubah suai hidung dan bibirnya supaya menyerupai anak patung.

Dia turut mewarnakan rambutnya, selain menggunakan wang simpanan membeli pakaian serupa dengan anak patung Barbie.

Kata Charlotte, walaupun pengalaman pembedahan itu menyakitkan, dia menganggap ia berbaloi.

“Saya memerlukan beberapa minggu untuk menghilangkan kesan bengkak akibat pembedahan itu,” katanya.

Dengan perubahan fizikal itu, Charlotte berkata, dia sangat berpuas hati.

“Gadis mana yang tak mahu menjadi seperti Barbie?” katanya. - TS

Sumber : http://mix-rojak.blogspot.com


Mempunyai 100 mata di kepalanya.

Mempunyai 48 gigi.

Mempunyai 3 jantung yang lengkap di perutnya.

Mempunyai 6 pisau di belalainya yang mempunyai fungsi berbeza.

Mempunyai 3 pasang sayap.

Dilengkapi alat pengesan haba yang berfungsi seperti infrared untuk memudahkannya mencari mangsa pada waktu malam.

Mempunyai alat pembius agar manusia tidak terasa sakit ketika dihisap darah.

Dilengkapi alat pemilih darah, nyamuk tidak menghisap sebarang darah.

Dilengkapi alat pengalir darah yang mengalirkan darah melalui jarum penghisapnya yang sangat sempit dan lembut.

Hasil penemuan moden, terdapat banyak serangga yang sangat kecil hidup di punggungnya, hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

Friday, August 24, 2012

Keajaiban alam yang tinggal kenangan kerana dihancurkan oleh letusan gunung berapi         Tarawera pada tahun 1886, Fenomena alam air panas ini terbentuk dari semburan geiser yang melintas menuruni lereng bukit meninggalkan ketebalan ais, kolam air panas terbesar ini tercatat 3 hektar, sebelum kehancurannya fenomena ini masuk kedalam “The Eighth Wonder of the World”

 

Perubahan wajah seorang wanita Vietnam yang menjadi tua dalam masa lima tahun kini membingungkan para doktor di negara itu.
 Lima tahun lalu umur Nguyen Thi Phuong ialah 21 tahun dan wajahnya cantik mencerminkan rupa paras seorang gadis di umur itu.
Namun, kini umurnya 26 tahun tetapi wajahnya umpamanya wanita yang sudah berusia lebih daripada 70 tahun.
Kulit muka, dada dan perutnya kendur.
“Kulit perut saya berlipat umpama seorang wanita yang bersalin sedangkan saya belum pun mempunyai anak,” katanya.
Bagaimanapun, kitaran haid dan jumlah gigi, rambut serta pemikirannya masih seperti wanita muda.
Katanya, perubahan terhadap dirinya bermula selepas dia menjamah makanan laut pada tahun 2008.
Mungkin disebabkan alergik, dia mengalami gatal-gatal di seluruh badan.
Mulanya Nguyen memakan ubatan hospital yang menghilangkan rasa gatal tetapi meninggalkan parut gatal.
“Kemudian saya beralih kepada ubat tradisional, rasa gatal dan parut itu hilang namun kulit saya pula yang mula kendur dan berlipat,” katanya.
Beliau dan suaminya tidak ingat ubat tradisional apakah atau di mana ia dibeli.
Suaminya, Thanh Tuyen mempertahankan versi cerita isterinya itu dan setia bersama Nguyen walaupun wanita itu sudah kehilangan keremajaan wajahnya.
Wanita itu bagaamanapun bernasib baik apabila menerima rawatan percuma dari Hospital Universiti Ho Chi Minh yang mana para doktornya mengesyaki dia mungkin mengalami masalah kulit peringkat serius yang dinamakan mastocytosis.
Daripada diagnosa yang dibuat, doktor yakin antara 50 hingga 70 peratus keadaan kulitnya yang asal mungkin dapat dikembalikan.

Sumber: Yahoo! Newsroom, http://mynewshub.my

INDIA – Dunia perubatan di India kali ini dikejutkan dengan satu kes misteri. Seekor ikan telah dijumpai di dalam paru-paru seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun, Anil Barela.
Para doktor telah melakukan pembedahan untuk mengeluarkan ikan dari paru-paru kanak-kanak itu. Pembedahan itu mengambil masa selama 45 minit.
Dr Pramord Jhawar yang merupakan pakar bedah paru-paru berkayta ini adalha kes pertama yang dijumpainya setelah berkhidmat selama 20 tahun sebagai doktor.
“Ikan itu hidup di dalam paru-paru itu,” katanya.
Kanak-kanak itu telah menelan ikan sepanjang sembilan sentimetre ketika bermain di sungai bersama rakan-rakannya di daerah Madhya Pradesh.
Memetik dari The Times of India, kanak-kanak itu memang biasa menelan ikan yang hidup.
Namun, ketika kanak-kanak itu menelan ikan tersebut, ianya telah masuk ke saluran pernafasan.
Kanak-kanak itu mengetahui akan kejadian itu apabila dia mengalami masalah pernafasan.
Selepas pemeriksaan dilakukan melalui x-ray, ternyata ada seekor ikan yang masih hidup di dalam paru-parunya.
Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: Republika Online

KOTA KINABALU –  Mereka yang bukan berasal dari Sabah sering keliru dengan nama-nama pelik yang digunakan penduduk pelbagai etnik di negeri itu.
Nama-nama pelik seperti Mogumbirak, Tigabelas, Ponyrace, Samalia Cuba dan Rothmans sering menjadi bahan gurauan dan menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sabah.
Namun, terdapat cerita menarik di sebalik bagaimana nama-nama tersebut diberikan seperti dalam kes melibatkan seorang bekas Pengarah Jabatan Arkib Negeri Sabah, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin.
“Agak sukar untuk membawa nama ini. Di sekolah, saya sering diusik dan sukar untuk berkawan tetapi saya belajar membiasakan diri dengan keadaan itu,” katanya.
Beliau berkata, nama tersebut diberikan selepas kematian tragik berturut-turut yang menimpa keluarganya.
Nama itu sebenarnya diberikan untuk menyelamatkan nyawa beliau.
“Sebelum kehadiran saya, ibu bapa saya memiliki 12 cahaya mata dan kesemuanya meninggal dunia.
“Mereka (ibu bapa) mendapatkan nasihat daripada penduduk kampung di Kota Belud termasuk bomoh dan mereka memberitahu sama ada memberikan saya nama unik atau menyerahkan saya kepada keluarga angkat,” katanya.
Tigabelas berkata, doktor yang menyambut kelahirannya mencadangkan nama tersebut kepada ibu bapanya selepas mengetahui mengenai kematian adik-beradik saya.
“Selepas mengetahui saya anak yang ke-13, dia mencadangkan agar saya dinamakan Tigabelas.
“”Saya percaya, saya anak ke-13 yang bertuah kerana hanya saya seorang terselamat. Ibu melahirkan dua anak selepas saya tetapi mereka turut meninggal,” katanya.
Dalam kebanyakan kes melibatkan nama aneh, ibu bapa yang buta huruf pada 1960 dan 1970 merupakan penyebab utama.
Mereka memberikan nama berdasarkan bunyi atau memilih perkataan popular seperti Ponyrace atau jenama rokok terkemuka seperti Rothmans atau Benson.
Mogumbirak, seorang lelaki dari etnik Rungus berusia 50 tahun yang berasal dari Kudat menarik perhatian tanpa diminta.
Pekerja buruh, Samalia Cuba yang namanya diangkat sempena dua negara iaitu Somalia dan Cuba enggan memberikan sebab keluarganya memilih nama tersebut.
“Tidak apalah, tidak payah tanya. Saya ada kerja sekarang,” katanya ketika dihubungi Ahad.

Sumber : http://mynewshub.my






Thursday, August 23, 2012

Satu pasukan penyelidik dari Jepun yang diketuai oleh Mitsuyuki Ikeda dari Makmal Okayama telah mencipta satu cara untuk mengitar najis manusia jadi makanan dalam bentuk daging.
Konsep baru yang sangat menjijikkan ini ditemui apabila Ikeda telah diminta untuk melihat pelbagai kegunaan yang boleh diperolehi dari bahan kumbahan. Dia tidak merasa jijik ketika melakukan tugasan itu, malah rasa teruja bila mendapati kawasan kumbahan mengandungi banyak protein disebabkan oleh bakteria yang ada di situ. Idea ini kedengaran sangat teruk dan menjijikkan bukan?
Tetapi ia bukan lah seperti “daging” dicipta dengan mengambil tahi dan terus meletakkannya ke atas burger. Proses itu melibatkan mengekstrak protein daripada kumbahan kemudian menggabungkannya dengan “reaction enhancer” dan memasukkannya ke dalam “exploder.” Magik sains pun lengkap dan dapatlah hasilnya – daging tahi.
Setelah itu, daging ini akan diletakkan pewarna merah dan rasa dipertingkatkan dengan protein soya. Produk yang telah siap dipecahkan seperti berikut: 63% protein, 25% karbohidrat, lipid 3%, dan 9% mineral. Tetapi bagaimanakah rasanya? Menurut laporan awal, rasanya seperti daging lembu.
Bahagian paling sukar dari idea pelik ini ialah mengajak orang ramai untuk makan daging ini. Menurut Profesor Ikeda, matlamat utama adalah untuk meyakinkan orang ramai bahawa makan daging tahi tidak seburuk yang disangka dan akan membawa kebaikan pada alam sekitar.
Sekarang produk ini berharga 10-20 kali ganda lebih mahal berbanding harga daging biasa disebabkan kos penyelidikan.

 

Gambar menakjubkan ini dirakamkan oleh jurugambar akhbar USA Today ketika proses kelahiran seorang bayi yang baru mencecah usia kandungan 21 minggu.

Bayi lelaki itu yang diberi nama Samuel mengeluarkan tangan kecilnya dari lubang bedah rahim ibunya.

Ketika doktor mengangkat tangannya, Samuel memberi reaksi terhadap sentuhan dan meramas jari doktor.

Seolah-olah memohon kekuatan untuk dikeluarkan dari rahim ibunya!

Sumber : http://www.lamankongsi.com


BEIJING: Seorang wanita China berusia 95 tahun yang disangka sudah mati mengejutkan jirannya apabila dia bangun semula enam hari selepas dia dimasukkan ke dalam keranda.
Li Xiufeng ditemui tidak bergerak dan tidak bernafas oleh seorang jiran dua minggu selepas dia jatuh dan mengalami kecederaan di kepala di kediamannya di Beiliu, wilayah Guangxi. Apabila jiran yang menemuinya itu tidak dapat menyedarkan wanita itu, mereka menyangka dia sudah meninggal dunia.
Dia diletakkan di dalam keranda tanpa dikunci yang disimpan di kediamannya mengikut tradisi Cina, menanti saudara-mara dan teman rapat untuk memberi penghormatan terakhir.
Namun, sehari sebelum pengebumian, jiran mendapati keranda itu kosong dan kemudiannya menjumpai wanita itu memasak di dapur.
Seorang jiran, Chen Qingwang, 60, yang mula-mula menemui Xiufeng berkata: “Dia tidak bangun, jadi saya datang untuk membangunkannya.
“Walau betapa kuat saya menggerakkan tubuh dan memanggil namanya, dia tidak memberi sebarang reaksi. “Saya dapat rasakan ada yang tak kena, jadi saya periksa nafasnya dan mendapati dia sudah tiada, tetapi tubuhnya ketika itu tidak sejuk. Disebabkan Xiufeng tinggal bersendirian, Qingwang dan anak lelakinya membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya.
Pada hari upacara pengebumiannya, anak lelaki Qingwang tiba di rumah Xiufeng dan mendapati mayatnya sudah hilang sebelum menemui dia sedang memasak. Wanita itu dilapor memberitahu penduduk kampung: “Saya tidur begitu lama. Selepas bangun, saya terasa begitu lapar dan mahu memasak sesuatu.
“Saya tolak penutup keranda itu. Saya mengambil masa begitu lama untuk berbuat demikian sebelum dapat keluar dari keranda itu.” – DM

Sumber : http://www.mummynemo.com


Wednesday, August 22, 2012





Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.
Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.
Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.
Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.
Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan untuk membina masjid , serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.
 



 Sumber : http://www.lamankongsi.com

;;

Template by:
Free Blog Templates