Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 8, 2010

Keranda Tergantung


Di Gongxian,China, terdapat satu perkuburan tergantung yang dikenali sebagai ” Hanging Coffins of Bo People”.Kawasan tersebut didiami oleh satu kumpulan etnik minoriti puak BO yang hidup di wilayah barat daya Yunan seawal 3,000 tahun yang lalu.


Perkuburan tergantung ini telah ditemui pada tahun 1949 dan projek pemuliharaan keranda tersebut dimulakan pada kali pertama pada 1974 hingga 1985.Kemudian , disambung semula pada September 2002.

Laporan kajian awal menyebut terdapat sejumlah 280 buah keranda tergantung di wilayah Gongxian.Walau bagaimanapun , semenjak 10 tahun yang lalu hampir 20 buah keranda yang mencecah 130 meter dari tanah telah jatuh di kaki gua dan rosak.

Pada 16 September 2002 ,sekumpulan pasukan yang terdiri daripada pakar muzium dan kebudayaan bergegas ke Matangba untuk melakukan penyelidikan.Mereka menemui sebuah keranda yang mempunyai rangka kepunyaan seorang ahli pua Bo terakhir yang dikatakan hidup pada 400 tahun yang lalu.Di dalam keranda tersebut , ditemui pasir dan tiada artifak pengkebumian seperti keranda purba yang lain.Namun,selepas kajian lanjut ,berkemungkinan berlaku percerobohan kerana kedudukan keranda tersebut yang berada 20 meter sahaja dari tanah.

Pasukan tersebut menjalankan operasi pemuliharan dengan prosedur yang ketat.Sejenis minyak ‘tung’ di gunakan untuk merawat dan mengekalkan keranda purba tersebut.Keesokan harinya,lima buah keranda telah dibuka dan mereka menemui mangkuk porselin biru dan putih , dua bilah pisau dan dua bilah tombak.Artifak ini bertarikh semasa era Dinasti Ming.


Siapa Puak Bo ?

Puak Bo merupakan golongan etnik minoriti yang tinggal luar sempadan wilayah Shicuan dan Yunnan.Mereka telah mencipta satu budaya yang cemerlang seawal 3,000 tahun yang lalu.Nenek moyang kaum Bo juga telah menolong Western Zhou (c.1100 – 771 BC) untuk menggulingkan Dinasti Shang (c.1600 – 1100 BC).

Kaum Bo berbeza daripada kumpulan etnik yang lain terutamanya mengenai kaedah pengkebumian mayat.Keranda diperbuat daripada kayu balak yang keras dan tidak bercat.Kemudian keranda tersebut digantung pada dinding gua dan batu dan masih elok walaupun melebihi beribu-ribu tahun.Kaedah tersebut banyak digunakan pada masa itu sebelum kaum Bo pupus secara misteri.

0 Comments:

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates