Monday, April 1, 2013
Seorang artis, Simon Beck sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam untuk menghasilkan lingkaran misteri tanpa dibantu orang lain di sebuah pusat pelancongan yang menjadi tumpuan penggemar sukan luncur salji di Savoie, Perancis. Beberapa lingkaran
misteri dihasilkannya mampu mencapai saiz sebesar enam buah padang bola
sepak dan ia dihasilkan secara terbalik kerana proses yang rumit
seperti perlu meredah laluan sukar serta bersalji.
“Saya menggunakan kompas untuk membuat
lakaran dan titik utama corak lingkaran itu. Dan ia dihasilkan dengan
hanya berjalan sambil memakai kasut salji,” katanya. Difahamkan, tujuan utama projek seni tersebut dilakukan adalah untuk menyembuhkan kakinya, iaitu dengan cara berjalan di atas salji. Jom kita tengok gambar menarik lingkaran misteri yang dihasilkan oleh Simon Beck di permukaan gunung salji.
Sumber : melayukini.net
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)