Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 8, 2010

Wajah Misteri

Wajah siapakah itu? Antara misteri persoalan yang belum terjawab hingga kini. Memang tidak dapat dinafikan lagi, sebentuk wajah bersaiz gergasi mirip seorang lelaki yang berusia telah muncul di sebalik kepulan asap tebal berwarna kelabu yang mencemari udara. Fenomena aneh sebegini amat jarang sekali berlaku apatah lagi pada waktu siang. Ramai pihak bingung memikirkan kejadian sebegini, dan hingga kini masih belum ada jawapan yang pasti mengapakah ia berlaku dan apakah mesej yang cuba disampaikan.

Wajah misteri muncul? Cuba anda perhatikan bulatan yang terdapat pada gambar tersebut, itulah wajah misteri yang muncul sebalik ombak besar yang menghempas kapal di mana datangnya secara tiba-tiba. Banyak persoalan telah dibangkitkan oleh ramai pihak, namun tidak kurang juga dengan yang kurang percaya. Dan apa yang pasti, segalanya tidaklah menghairankan kerana di laut sememangnya dihuni oleh pelbagai makhluk halus yang tinggal di dalamnya umpamanya iblis laut. Sesuai dengan sebuah hadis yang menyatakan makhluk halus bukan sahaja hidup di udara tetapi dalam tanah dan juga di dalam air.

Sumber: dari berbagai sumber


Di Gongxian,China, terdapat satu perkuburan tergantung yang dikenali sebagai ” Hanging Coffins of Bo People”.Kawasan tersebut didiami oleh satu kumpulan etnik minoriti puak BO yang hidup di wilayah barat daya Yunan seawal 3,000 tahun yang lalu.


Perkuburan tergantung ini telah ditemui pada tahun 1949 dan projek pemuliharaan keranda tersebut dimulakan pada kali pertama pada 1974 hingga 1985.Kemudian , disambung semula pada September 2002.

Laporan kajian awal menyebut terdapat sejumlah 280 buah keranda tergantung di wilayah Gongxian.Walau bagaimanapun , semenjak 10 tahun yang lalu hampir 20 buah keranda yang mencecah 130 meter dari tanah telah jatuh di kaki gua dan rosak.

Pada 16 September 2002 ,sekumpulan pasukan yang terdiri daripada pakar muzium dan kebudayaan bergegas ke Matangba untuk melakukan penyelidikan.Mereka menemui sebuah keranda yang mempunyai rangka kepunyaan seorang ahli pua Bo terakhir yang dikatakan hidup pada 400 tahun yang lalu.Di dalam keranda tersebut , ditemui pasir dan tiada artifak pengkebumian seperti keranda purba yang lain.Namun,selepas kajian lanjut ,berkemungkinan berlaku percerobohan kerana kedudukan keranda tersebut yang berada 20 meter sahaja dari tanah.

Pasukan tersebut menjalankan operasi pemuliharan dengan prosedur yang ketat.Sejenis minyak ‘tung’ di gunakan untuk merawat dan mengekalkan keranda purba tersebut.Keesokan harinya,lima buah keranda telah dibuka dan mereka menemui mangkuk porselin biru dan putih , dua bilah pisau dan dua bilah tombak.Artifak ini bertarikh semasa era Dinasti Ming.


Siapa Puak Bo ?

Puak Bo merupakan golongan etnik minoriti yang tinggal luar sempadan wilayah Shicuan dan Yunnan.Mereka telah mencipta satu budaya yang cemerlang seawal 3,000 tahun yang lalu.Nenek moyang kaum Bo juga telah menolong Western Zhou (c.1100 – 771 BC) untuk menggulingkan Dinasti Shang (c.1600 – 1100 BC).

Kaum Bo berbeza daripada kumpulan etnik yang lain terutamanya mengenai kaedah pengkebumian mayat.Keranda diperbuat daripada kayu balak yang keras dan tidak bercat.Kemudian keranda tersebut digantung pada dinding gua dan batu dan masih elok walaupun melebihi beribu-ribu tahun.Kaedah tersebut banyak digunakan pada masa itu sebelum kaum Bo pupus secara misteri.

Mr Jacques Yves Costeau yang merupakan seorang ahli oceanografe dan ahli selam yang terkemuka dari Perancis telah menemui menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Seperti yang kita lihat dalam gambar ini, ia juga lengkap dengan pepohon dan daun-daunan. Di samping itu, sesetengah pengkaji mengatakan itu bukan sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida.

Office Pelik



Gambar di atas ini merupakan pejabat Selgas Cano Architecture yang dibina di Madrid, Spain. Pejabat ini agak unik kerana ia dibina di bawah tanah dan ia agak seram sedikit kerana ia dibina di hutan.




  1. Jika dihimpunkan kesemua arang, minyak dan gas di seluruh planet bumi, ia hanya mampu untuk mengekalkan pembakaran matahari selama beberapa hari sahaja.
  2. Porpoise, sejenis ikan paus yang bermuncung seperti ikan lumba-lumba, akan berenang dalam bulatan secara perlahan-lahan ketika sedang tidur.
  3. Setiap bintang akan selesai mengelilingi galaksi Bima Sakti setiap 200 juta tahun sekali atau lebih.
  4. Straw dipercayai dicipta oleh pembuat bir pada zaman Mesir purba bertujuan untuk merasa hasil bir ciptaan mereka tanpa mencecahkan bibir pada buih bir tersebut yang timbul di dalam bekasnya.
  5. Perkataan 'cop' berasal daripada 'Constable on Patrol' yang sering digunakan oleh anggota polis di England.
  6. Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498.
  7. Terdapat kira-kira 15gram garam dalam setiap gelen air laut.
  8. Pada tahun 1983, seorang artis Jepun, Tadahiko Ogawa telah membuat potret Mona Lisa yang kedua. Bukan dengan cat, tetapi menggunakan serbuk roti.
  9. Pada tahun 1990, sekumpulan jurutera telah memecahkan batu terakhir di dalam terowong kereta api dasar laut yang dibina merentasi Selat Inggeris. Dengan siapnya terowong dari England ke Perancis itu, bermakna Britain dan tanah besar Eropah yang dahulunya bercantum (pada Zaman Ais) telah dapat disatukan semula.
  10. Bukan saja ular, malah manusia juga 'bersalin kulit'. Seumur hidup, kita 'bersalin kulit' kira-kira 1,000 kali, iaitu apabila sel-sel kulit yang mati digantikan dengan yang baru.
  11. Di hutan Irian Jaya, wujud satu puak asli berkulit putih dan bertubuh tinggi yang menggunakan burung kakak tua sebagai pemberi amaran kepada orang asing yang cuba menceroboh kawasan petempatan mereka.
  12. Di Papua New Guinea pula, terdapat kampung-kampung yang jaraknya hanya 3 kilometer antara satu sama lain tetapi penduduknya menggunakan bahasa yang berlainan.
  13. Di Pergunungan Andes, penduduk di kawasan itu biasanya mengukur masa dengan berapa lama sebatang rokok itu habis dihisap.
  14. Di kawasan Artik, ada waktunya matahari kadangkala kelihatan berbentuk empat segi.
    Adakah bentuk matahari tersebut seperti yang kita lihat dalam gambar di bawah ini?
  15. Terdapat sebuah tempat yang menakutkan di Gurun Durango, Mexico yang dipanggil Zon Sunyi. Apabila berada di sana, anda tidak akan dapat menerima isyarat televisyen mahupun radio dengan dengan jelas. Selain itu, penduduk di kawasan tersebut mendakwa sering melihat bebola api misteri yang tiba-tiba muncul di angkasa.
  16. Terdapat sejenis tiram di Kepulauan Carribean yang boleh memanjat pokok.
  17. Artis-artis terkenal Jimmy Hendrix, Janis Joplin dan Jim Morrison meninggal dunia semasa mereka baru berusia 27 tahun.
  18. Bekas Presiden Amerika , Jimmy Carter adalah seorang pembaca yang pantas. Beliau berupaya membaca 2,000 patah perkataan seminit.
  19. Semasa era Victoria, terdapat ketakutan yang melampau jika manusia dikebumikan sebelum ia 'benar-benar sudah mati'. Jadi, apabila seseorang dianggap sudah meninggal dunia, satu lubang kecil akan digali dari keranda ke permukaan tanah. Kemudian seutas tali akan diikat pada tangan mayat yang disambung kepada sebiji lonceng kecil tapi kuat bunyinya. Ini dilakukan supaya apabila seseorang yang dikebumikan itu masih hidup, mereka boleh membunyikan lonceng tersebut dan orang yang ditugaskan menjaga kubur tersebut (24jam setiap hari!) akan menggali pusara berkenaan dan membawa mereka keluar.
  20. Paku besi tidak boleh digunakan pada kayu oak kerana asid di dalam kayu itu boleh mengaratkannya dengan cepat.
  21. Kapal terbang dilarang terbang di atas bangunan Taj Mahal.
  22. Pada zaman Mesir kuno, masyarakat negara itu membayar cukainya dengan menggunakan madu. Sementara itu, buah aprikot pada masa itu dipanggil 'telur matahari'.
  23. Satu kebakaran besar telah berlaku di London pada tahun 1666 menyebabkan separuh daripada kota raya itu musnah. Namun peliknya, hanya enam orang saja yang cedera dalam malapetaka tersebut.
  24. Pada zaman Pertengahan dahulu, mahkamah tertinggi di Perancis telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seekor lembu kerana didapati bersalah mencederakan seorang manusia.
  25. Di Tokyo, terdapat kedai yang menjual rambut palsu untuk anjing.
  26. Di Turki, warna yang melambangkan kesedihan ialah ungu. Pemilihan warna ini memang aneh kerana di kebanyakan tempat di dunia, warna berkabung ialah putih dan hitam.
  27. Di Bangladesh, kanak-kanak seawal usia 15 tahun boleh dipenjarakan jika meniru di dalam peperiksaan akhir.
  28. Pada zaman India dan China kuno dahulu, penduduk di bebrapa bahagian negara itu menganggap daging tikus sebagai hidangan yang amat lazat!
  29. 'Y' adalah nama tempat yang paling pendek di dunia. Ia terletak di Perancis dan penduduknya menggelarkan diri mereka Ypsilonien.
  30. Pada tahun 40-an, pen berjenama Bich telah ditukar kepada Bic, untuk mengelakkan warga Amerika daripada menyebut 'Bicth' (perempuan jalang).
  31. Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang pengembala kambing.
  32. Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke arah sebelah barat.
  33. Gerard Hommel sudah enam kali mendaki gunung Everest. Baginya ketinggian, terjatuh, kesejukan dan cedera adalah masalah kecil. Gerard hanya menyedari hakikat bahaya jatuh pada Oktober 1993, apabila beliau terjatuh dari tangga semasa hendak menukar mentol lampu dapur di rumahnya, di Nantes, Perancis. Gerard mati dalam kejadian itu selepas tengkorak kepalanya retak akibat terhantuk pada sinki.
  34. Selain daripada mulut, katak dan berudu boleh makan menggunakan mata. Caranya untuk menelan, haiwan itu menutup kelopak mata, menekannya ke bawah menggunakan bola mata dan menurunkan lelangit hingga ke lidah, menekan makanan itu ke bawah lagi dan seterusnya masuk ke dalam perut.
  35. Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.
  36. Selepas makan, lalat akan memuntahkan kembali makanannya dan kemudian memakannya balik.
  37. Angsa-angsa di England adalah harta Permaisuri.
emm....pelik-pelik juga fakta yea ne kn....

Hujan Ikan

Fish Rain in Northern Australia, 1989.

Pernakah anda mendengar tentang 'hujan ikan'? Fenomena ini perna berlaku di utara Australia, Japan, dan terdapat juga di kawasan-kawasan yang lain. Semua ikan tersebut masih hidup semasa jatuh ke tanah. Menurut seorang ahli meteorologi, fenomena ini berlaku disebabkan oleh puting beliung. Di mana puting beliung akan menyedut air dan ikan dari sungai sebelum menjatuhkan pada jarak ratusan kilometer jauhnya. Adakah anda setuju terhadap kajian yang telah dibuat oleh ahli meteorologi ini? Fikir-fikirkan lah yea..: )

In Japan on Jun-July 2009

Mungkin ada di antara kita belum pernah melihat kucing seperti dalam gambar ini. Kucing jantan ini istimewa kerana mempunyai sayap. Pemilik kucing ini ialah seorang nenek bernama Feng yang tinggal di Kota Xianyang, Propinsi Shaanxi, China. Kucing tersebut mempunyai sepasang sayap sepanjang sekitar 10cm. "Pada awalnya terbentuk gumpalan, kemudian tumbuh dengan cepat dan membentuk sepasang sayap dalam masa satu bulan". Jelas nenek Feng.

Sebelum ini, terdapat juga kucing bersayap yang pernah tercatat dalam sejarah seperti dalam gambar di bawah ini.

Josephen Myrtle Corbin adalah wanita yang mempunyai empat kaki. Keempat-empat pasang kakinya berfungsi seperti biasa namun hanya sepasang yang digunakan untuk berjalan. Dilahirkan pada 1868 dan meninggal pada 1928, Corbin sedikitpun tidak merasa keganjilan malah menjalankan kehidupan rumahtangga seperti orang lain semasa umurnya 19 tahun dan memiliki 5 orang anak 4 perempuan dan 1 lelaki.

Josphen Myrtle Corbin as a young girl

;;

Template by:
Free Blog Templates