Sunday, April 14, 2013
Ribuan bebola jeli unggu misteri ditemui di Arizona membuatkan penduduk tempatan di daerah Tuscon bingung dengan kemunculan ribuan bebola kecil berwarna unggu muncul di tengah-tengah padang pasir Arizona.
Sunday, April 7, 2013
Seorang gadis terkejut apabila mengalami perubahan penglihatan mata
secara tiba-tiba. Mata gadis ini sungguh luar biasa apabila
penglihatannya mampu menembusi apa sahaja benda seperti dinding.
Jika kita menonton filem superhero, ada yang dikurniakan kelebihan luar biasa
penglihatan mata untuk menembusi sesuatu benda. Namun itu cerita
fantasi. Tetapi yang realitinya ia benar-benar wujud apabila seorang
remaja yang berusia 14 tahunLaura Castro yang dilahirkan normal seperti
orang lain telah dikejutkan dengan perubahan pada matanya. Pada usia 10
tahun matanya menjadi putih semuanya dan bahagian hitam sudah tidak
kelihatan. Hal ini juga pernah terjadi kepada seorang kanak-kanak kecil
yang memiliki mata seperti kucing. Doktor masih tidak dapat memberi
penjelasan mengenai penyakit ini.
Menurut ibunya, anaknya dapat melihat semua di kawasan terang mahupun
gelap tanpa ada masalah. Selain itu lebih menakjubkan adalah anaknya
boleh Tembus Pandangannya pada benda yang padat seperti dinding, melihat
dalam kereta dari jauh macam seorang superhero.
Dia boleh tahu apa yang berlaku disebalik dinding atau bahan yang
digunakan untuk membuat dinding tersebut seperti bata dan kayu. Semuanya
berlaku pada satu pagi apabila dia bangun , dia terkejut kerana dia
dapat tembus pandang tubuhnya sendiri dan melihat jantung serta bahagian
bahagian lain.
Sumber : http://www.fuh.my
Monday, April 1, 2013
Seorang artis, Simon Beck sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam untuk menghasilkan lingkaran misteri tanpa dibantu orang lain di sebuah pusat pelancongan yang menjadi tumpuan penggemar sukan luncur salji di Savoie, Perancis. Beberapa lingkaran
misteri dihasilkannya mampu mencapai saiz sebesar enam buah padang bola
sepak dan ia dihasilkan secara terbalik kerana proses yang rumit
seperti perlu meredah laluan sukar serta bersalji.
The Labassin Waterfall Restaurant adalah salah satu restoran yang unik yang terletak di Villa Escudero di San Pablo, Wilayah Quezon, Filipina. Setiap tetamu boleh menikmati pemandangan air terjun buatan yang menenggelamkan restoran.