Thursday, August 23, 2012
BEIJING: Seorang wanita China berusia 95
tahun yang disangka sudah mati mengejutkan jirannya apabila dia bangun
semula enam hari selepas dia dimasukkan ke dalam keranda.
Li Xiufeng ditemui tidak bergerak dan
tidak bernafas oleh seorang jiran dua minggu selepas dia jatuh dan
mengalami kecederaan di kepala di kediamannya di Beiliu, wilayah
Guangxi. Apabila jiran yang menemuinya itu tidak dapat menyedarkan
wanita itu, mereka menyangka dia sudah meninggal dunia.
Dia diletakkan di dalam keranda tanpa dikunci yang disimpan di kediamannya mengikut tradisi Cina, menanti saudara-mara dan teman rapat untuk memberi penghormatan terakhir.
Namun, sehari sebelum pengebumian, jiran mendapati keranda itu kosong dan kemudiannya menjumpai wanita itu memasak di dapur.
Seorang jiran, Chen Qingwang, 60, yang
mula-mula menemui Xiufeng berkata: “Dia tidak bangun, jadi saya datang
untuk membangunkannya.
“Walau betapa kuat saya menggerakkan
tubuh dan memanggil namanya, dia tidak memberi sebarang reaksi. “Saya
dapat rasakan ada yang tak kena, jadi saya periksa nafasnya dan
mendapati dia sudah tiada, tetapi tubuhnya ketika itu tidak sejuk.
Disebabkan Xiufeng tinggal bersendirian, Qingwang dan anak lelakinya
membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya.
Pada hari upacara pengebumiannya, anak
lelaki Qingwang tiba di rumah Xiufeng dan mendapati mayatnya sudah
hilang sebelum menemui dia sedang memasak. Wanita itu dilapor
memberitahu penduduk kampung: “Saya tidur begitu lama. Selepas bangun,
saya terasa begitu lapar dan mahu memasak sesuatu.
“Saya tolak penutup keranda itu. Saya
mengambil masa begitu lama untuk berbuat demikian sebelum dapat keluar
dari keranda itu.” – DM
Sumber : http://www.mummynemo.com
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)