Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 18, 2010


Machu Picchu, salah satu dari bangunan paling bersejarah di dunia yang menunjukkan betapa majunya pengetahuan akan teknik merancang membangunkan peradaban masa lalu. Ketika Hiram Bingham, seorang profesor muda Yale menemui Machu Picchu pada 1911, tempat ini
sangatlah tersembunyi dan tertutup dengan tumbuhan yang lebat di sekitarannya. Ia terletak hampir ketinggian 8000 kaki di permukaan laut. Bangunan menakjubkan yang terletak di pergunungan Andes ini relatif selama beratus tahun lamanya tanpa terusik oleh kehadiran
manusia. Kini, hampir 2500 ribu pelancong berkunjung ke Machu Picchu di setiap harinya. Bingham mempercayai bahawa tempat ini mempunyai erti yang sangat besar akan kelahiran satu peradaban yang menjadi legenda di dunia iaitu Inca Empire. Satu peradaban asli yang besar dari benua Amerika yang telah hilang. Terdapat ribuan artifak yang sangat tinggi nilainya di Machu Picchu. Kini sebahagian besar artifak-artifak tersebut sedang menjadi bahan penelitian untuk menggali lebih dalam lagi sejarah dari peradaban suku Inca.

Sumber : http://pelikitubenar.blogspot.com


Stonehenge merupakan satu binaan yang dibina pada zaman Gangsa dan Neolitik. Ia terletak berhampiran dengan Amesbury di Wiltshire, England, 13km (8 batu) barat laut Salisbury.

Stonehenge ini terdiri dari tiga puluh batu tegak (sarsens) dengan ukuran yang sangat besar (masing-masing batu pada mulanya seragam tingginya, yaitu 10 meter dengan masing-masing batu mempunyai berat 26 ton), semua batu tegak tersebut disusun dengan bentuk tegak melingkar yang dikenal sebagai megalithikum.

Terdapat perdebatan mengenai usia sebenarnya lingkaran batu itu, tetapi kebanyakan arkeologi memperkirakan bahawa sebahagian besar bangunan Stonehenge dibuat antara 2500-2000 SM. Bundaran tambak tanah dan parit membentuk fase pembangunan monumen Stonehenge yang lebih, awal sekitar 3100 SM.

Walaupun seusia dengan ( henges ) zaman Neolithikum yang menyerupai Stonehenge, Stonehenge mungkin memiliki keterkaitan dengan bulatan batu lain yang terdapat di British Isle seperti Cincin Brodgar namun ukuran trilitonnya sebagai contoh menjadikannya unik. Tempat ini dimasukkan dalam daftar Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986.

Di dalam 30 lingkaran batu besar tadi, juga masih terdapat sekitar 30 batu dengan ukuran yang lebih kecil yang dinamakan Lintels, yang disusun dengan bentuk melingkar juga.Tapi pada saat ini kebanyakan batu-batu tegak tadi telah terkikis dan jatuh.

Mitos dan legenda

Batu Tumit ( The Heel Stone ) pada suatu masa dikenal sebagai Friar’s Heel. Cerita rakyat, yang tidak dapat dipastikan asalnya lebih awal dari abad ke tujuh belas, menceritakan asal nama batu ini.

Sebagian pendapat mendakwa Tumit Friar ( “Friar’s Heel” ) adalah perubahan nama “Freya’s He-ol” atau “Freya Sul”, dari nama Dewa Jerman Freya dan (didakwa) perkataan Welsh bagi “laluan” dan “hari matahari” menurut turutan.

Sebuah argumen yang mengejutkan tentang sejarah Stonehenge di kemukakan oleh seorang ahli Sejarah dan Topografi Irlandia, Gerald Wales. Dia menyebutkan bahwa Manusia Raksasa telah membawa batu-batu maha besar tersebut dari Afrika ke Inggris.

Dari struktur geologi pada batu-batu penyusun Stonehenge sendiri memang menunjukkan bahwa batu-batu maha besar itu bukanlah berasal dari wilayah Eropa, karena strukturnya sangat berbeda, namun mirip dengan batu-batuan dari wilayah Afrika.

Stonehenge juga dikaitkan dengan legenda Raja Arthur. Geoffrey dari Monmouth berkata bahwa tukang sihir Merlin telah melakukan pemindahan Stonehenge dari Irlandia, di mana ia telah dibangun di Gunung Killaraus oleh raksasa yang membawa batu-batu tersebut dari Afrika.

Jika Manusia raksasa itu memang ada, seperti yang kita ketahui, pembangunan The Great Pyramid Giza Mesir, katanya juga ada sangkut pautnya dengan para Manusia Raksasa. Bagaimana cara mereka membawa batu-batu berat tersebut? Mungkin hal ini dimungkinkan jika Manusia Raksasa dengan tinggi 7-10 meter yang mengangkut sekaligus menyusun bebatuan tersebut.

Adakah gambar di bawah ini yang dikatakan Manusia Raksasa itu?

Sumber : https://muhdhazrie.wordpress.com

Gambar ini menunjukkan satu fenomena yang dipanggil awan gulung ( roll cloud ) yang terbentuk daripada udara sejuk. Ia biasa terjadi apabila satu medan ribut yang menarik udara basah akan naik, ketika keadaan satu titik dingin berlaku, maka satu awan dikenali sebagai takat embun.Bila ini berlaku di sepanjang satu medan, satu awan gulung mula terbentuk. Walaupun ia kelihatan seperti satu taufan, awan-awan ini tidak akan menjadi taufan.

Jurugambar Daniela Eberl mengambil foto ini di Las Olas Beach, Maldonado, Uruguay.


Thursday, June 17, 2010


Misteri lubang hitam yg bertaburan di angkasa raya yang dikatakan hampir mirip dengan konsep rentetan kejadian-kejadian aneh dan misteri di kawasan Segi Tiga Bermuda.Tetapi berbeza dengan kes di Segi Tiga Bermuda yang rata-rata menelan kapal laut mahupun
pesawat terbang,lubang hitam itu boleh dikatakan lebih hebat lagi.

Ia digambarkan berbentuk lubang graviti yg ukurannya lebih luas dan besar daripada matahari serta ia mampu menarik dan menelan apa saja yg berada berdekatannya termasuk planet-planet lain. Misteri yg menyelubungi terjadinya fenomena lubang hitam bagaimanapun juga hanya dapat dikaji dari jauh, lantaran kemampuan sains dan teknologi manusia masih belum mampu membawa mereka menghampiri lubang hitam itu.

Teori lubang hitam dikemukakan lebih dua ratus tahun dahulu.Pada 1783,seorang ilmuan Barat, John Mitchell mencetuskan teori mengenai kemungkinan wujudnya sebuah lubang hitam setelah beliau meneliti dan mengkaji teori gravitasi Isaac Newton. Beliau berpendapat jika sesuatu objek dilemparkan tegakurus keatas,maka ia akan terlepas dari pengaruh graviti bumi setelah capai kecepatan lebih dari 11 kilometer perdetik. Maka tentu ada planet atau bintang lain yang memiliki graviti yg lebih besar dari bumi. Istilah 'Lubang Hitam' pertama kali digunakan oleh ahli fizik Amerika Syarikat, John Archibald Wheeler pada 1968.Beliau memberi nama demikian kerana lubang hitam tidak dapat dilihat kerana cahaya turut tertarik ke dalamnya sehingga kawasan di sekitarya menjadi gelap.

Menurut teori evolusi bintang,lubang hitam berasal daripada sejenis bintang biru yang memiliki suhu permukaan lebih dari 25 000 ribu darjah celcius. Ketika pembakaran hidrogen di
bintang biru yg memakan waktu kira-kira 10 juta tahun untuk selesai, ia menjadi bintang biru
raksasa. Pengamatan dari teleskop sinar-X ruang angkasa selama lebih satu dekad menunjukkan kekuatan tarikan graviti lubang hitam menyebabkan banyak bintang hancur dan ditelan olehnya. Ahli-ahli astronomi berjaya melihat bagaimana proses lubang hitam menyedut gas yg bertebangan disekitarnya. Gas tersebut menjadi panas sehingga memancarkan
radiasi dalam pelbagai gelombang, mulai dari gelombang radio hingga ke gelombang-X.Ahli astronomi dapat memperkirakan kedudukan lubang hitam cara memperhatikan disekitar bintang atau gas di angkasa lepas. Apabila suatu tempat di ruang angkasa tidak ditemui cahaya tetapi disekitarnya terdapat banyak objek-objek angkasa menuju ke satu titik dengan kecepatan tinggi sebelum akhirnya hilang. Maka titik tersebut tidak lain tidak bukan adalah lubang hitam.

Misteri yang menyelubungi lubang hitam akan terus menarik perhatian para ahli astronomi untuk terus menelitinya sehingga mendapatkan satu jawapan yg memuaskan.Selagi manusia
belum menjelajah jauh ke luar angkasa, maka jawapan itu gagal diperoleh dan berbagai teori tanpa bukti akan terus dikemukakan untuk memecahkan misteri alam semesta ini.


Sumber : http://pelikitubenar.blogspot.com

Songjiang, berdekatan dengan Shanghai makin lama makin terkenal dengan industri perlancongan disebabkan keunikan lanskap dan keindahan alam semulajadinya. Dan sekarang diorang tengah buat Songjiang Hotel yang dijangka dapat menarik lagi ramai pelancong.

Di reka oleh Atkin Firm, (diorang ni pernah juga design bangunan di Dubai).

Apa yang menarik:

-ada 400 Bilik
-100 meter dari atas
-ada restoran,cafe, kemudahan sukan, bilik dalam air dll
-air terjun
-underwater aquarium

Unik kan..

Sumber: http://www.esempoi.com , Songjiang Hotel @ Greenroofs.com

Tuesday, June 15, 2010

LUCKNOW: Sama ada telah berkawan sejak lama atau hanya kebetulan, seekor katak menggendong seekor tikus di tengah kepungan banjir. Peristiwa luar biasa yang sempat dirakamkan oleh kamera di Lucknow, sebuah kota bahagian utara India, tidak lama sebelum ini ketika tibanya musim hujan.

Di beberapa wilayah India yang juga mengalami musim kering, katak adalah salah satu haiwan yang mendapat tempat.

Menurut berita, penduduk beberapa desa di India memiliki kebiasaan mengadakan upacara perkahwinan katak.

Kedua-dua ekor katak 'diberkati' dengan pewarna merah di dahi dan kunyit, seperti manusia yang dikahwinkan. Katak jantan dan betina yang dikahwinkan kemudian dilepas ke kolam khas yang dianggap sebagai hadiah bulan madunya.

"Jika melakukannya, Varuna atau dewa laut akan memberkati kami dengan hujan," kata Beni Prasad, seorang petani di Desa Khapa.'

Musim hujan yang disebabkan oleh angin monsun yang datang setiap tahun menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah India. Bahkan tahun lalu banjir besar di Bombay telah mengorbankan sekitar 1,000 orang. Hujan besar yang datang beberapa hari terakhir menimbulkan kekhuatiran kerana menyebabkan banjir setinggi lutut di kota berpenduduk 17 juta orang itu.



Sumber: http://www.maxx.my



GAMBAR menunjukkan seorang bayi menyelam di sebuah kolam di Osterly, London Barat.

Percaya atau tidak bahawa bayi dalam usia 6 minggu boleh menyelam? Pelik-pelik..

LONDON - Detik-detik beberapa bayi menyelam di sebuah kolam renang di Osterly, London Barat dirakamkan oleh seorang jurugambar, Phil Shaw, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurugambar berusia 40 tahun itu membuka perkhidmatan kelas renang dan menyelam, Baby Swim melibatkan bayi seawal usia enam minggu dengan menggunakan pengajar terlatih.

Seorang bayi berkenaan dirakamkan terapung di dalam air seperti gambar kulit muka album kumpulan rock alternatif popular, Nirvana.

"Dengan kelas berenang itu, kami membantu bayi untuk meningkatkan fungsi otak," kata Shaw yang menubuhkan kelas tersebut bersama seorang rakan kongsinya. - Agensi

ROKOK bukan sahaja berbahaya tetapi kini timbul isu kandungan darah babi di dalamnya.


KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

SEORANG penyelidik menunjukkan peralatan yang disediakan dalam kereta yang dipandu dengan menggunakan mata.


BERLIN - Sekumpulan penyelidik Jerman dari Universiti Free di Jerman semalam berkata, mereka berjaya mencipta satu teknologi terbaru yang membolehkan sebuah kereta dapat dipandu dengan hanya menggunakan mata.

Seorang penyelidik, Paul Rojas dan pasukannya turut mengadakan demonstrasi teknologi kereta itu yang dikenali sebagai eyeDriver di sebuah lapangan terbang terbiar di sini.

Stering kereta itu akan bergerak mengikut pergerakan mata.

Teknologi tersebut mampu mengesan arah pergerakan mata pemandu bagi mengemudi kereta sehingga pada kelajuan maksimum 50 kilometer sejam.

"Langkah seterusnya ialah untuk kami cuba memandu hampir 100 kilometer sejam namun cabaran terbesar ialah bagi mengemudikan kereta berkenaan di dalam sebuah bandar raya yang penuh dengan pejalan kaki dan pelbagai halangan lain," katanya.

Bagaimanapun, aspek keselamatan menjadi kebimbangan seperti apakah yang bakal terjadi jika pemandu mengerling seketika ke arah seorang wanita cantik atau cuba mengambil telefon bimbit yang sedang berbunyi.

Bagi menangani isu itu, kereta tersebut dilengkapi dengan alat pemanduan arah global (GPS), beberapa kamera, laser dan pengimbas supaya kenderaan tersebut dipandu secara automatik.

UNIK...Khatijah bersama Zulfazli yang bermata biru.

SAMARIANG: Pelik tapi benar. Itulah keajaiban berlaku ke atas bayi lelaki berusia 18 bulan yang didakwa terkena ‘kenan’ kucing apabila mata hitamnya bertukar biru selepas dua minggu dilahirkan.

Perubahan itu dipercayai berkait rapat dengan kegemaran ibu bayi berkenaan, Khatijah Kassim, 37 yang gemar membelai kucing bermata biru ketika baru beberapa minggu mengandungkan Zulfazli Zaidi.

“Sehingga saya melahirkannya, saya tertarik dengan seekor kucing bermata biru yang saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya.

“Apa yang peliknya, selepas Zulfazli dilahirkan, kucing itu tidak kelihatan lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Semariang di sini, semalam.

Menceritakan bagaimana perubahan pada mata anaknya berlaku, Khatijah berkata, dia mulanya tidak menyedari perkara itu sehingga Zulfazli berusia dua minggu.

“Saya risau dan cemas ketika itu. Macam-macam saya fikir sehinggalah saya membawa Zulfazli ke klinik pakar untuk pemeriksaan.

“Tetapi, doktor pakar menjelaskan matanya normal. Lega hati saya kerana pada mulanya menyangka anak saya buta. Pada masa sama, saya juga hairan kerana ketika usianya kurang setahun, dia memiliki bulu kening panjang serta misai.

“Saya dan keluarga pelik bagaimana mata anak saya berwarna biru sedangkan tiada keturunan kami memiliki mata seperti itu,” katanya.

Khatijah mendakwa kelainan yang ada pada Zulfazli menyebabkan anaknya itu sering menarik perhatian orang ramai terutama ketika dibawa ke pasar sehingga ada yang meminta untuk bergambar.

“Pernah saya bawa Zulfazli ke pasar dan tidak semena-mena ada individu memegang tangannya untuk mengambil gambar,” katanya.

Menurut Khatijah, satu lagi perbezaan yang dikesan ialah anak lelaki bongsunya itu lambat bertutur walaupun memanggil ibu atau ayah jika dibandingkan abang dan kakaknya yang lain pada usia sekarang.

sumber dari : http://paapaada.blogspot.com

Friday, June 11, 2010


Inggris memiliki banyak kisah dan legenda. Kadang susah diterima oleh akal sehat. Misalnya yang satu ini. Kebenarannya diragukan sebagian orang. Tapi sebagian lain mempercayainya sebagai sebuah kesaksian sejarah. Walaupun cerita ini lebih mirip kisah dalam salah satu karya HC Andersen atau JRR Tolkien, namun hingga kini, kisah ini masih banyak dipelajari oleh berbagai kalangan, baik sejarawan, ahli kisah rakyat hingga Cryptozoologyst. Ini adalah legenda mengenai The Green Children of Woolpit atau anak-anak hijau dari Woolpit.


Legenda ini terjadi di abad ke-12, saat masa pemerintahan raja Stephen (1135 - 1154 Masehi) dan terjadi di sebuah desa kecil di Suffolk yang bernama
Woolpit. Nama "Woolpit" mungkin berasal dari Wolfpitt yang berarti lubang/parit besar yang digunakan untuk menjebak serigala yang ada di desa itu.

Suatu hari, para penduduk desa menyaksikan dengan takjub ketika dua orang anak kecil merangkak keluar dari parit itu. Seorang anak perempuan dan seorang anak laki-laki yang lebih muda. Mereka berdua menggunakan pakaian yang aneh dan berbicara dalam bahasa yang tidak dimengerti oleh penduduk desa. Namun, yang membuat para penduduk desa keheranan adalah kulit mereka - seluruhnya berwarna hijau!

Karena tidak bisa berkomunikasi dengan mereka, para penduduk kemudian membawa kedua anak yang terlihat sedih dan menangis itu ke rumah Sir Richard de Calne, seorang tuan tanah lokal. Di rumah itu, mereka tinggal dan diperlakukan dengan baik oleh Sir Richard dan para pelayannya.

Namun, tidak berapa lama kemudian, anak laki-laki itu jatuh sakit dan kurang dari setahun, ia meninggal. Untungnya, anak yang perempuan berhasil bertahan hidup. Sejalan dengan perkembangan usianya yang semakin dewasa, warna hijau pada tubuhnya perlahan menghilang dan berubah menjadi normal. Ia diberi nama Agnes. Kemudian, Agnes menikah dengan seorang bangsawan dari Norfolk dan menggunakan nama Agnes Barre.

Karena nama ini pula, banyak yang percaya bahwa pemegang gelar Earl Ferrers (gelar bangsawan Inggris) yang sekarang adalah keturunan langsung dari Agnes (Salah satu leluhur dari Earl Ferrers bernama Sir John Barre).

Selama di rumah Sir Richard, Agnes belajar bahasa Inggris. Ketika ia sudah lancar berkomunikasi, ia mulai menceritakan bagaimana ia dan adik laki-lakinya bisa sampai ke Woolpit. Ia mengatakan bahwa mereka berasal dari sebuah tempat yang bernama St.Martin yang hanya memiliki sedikit cahaya matahari dan para penduduknya semua berkulit hijau. Sebuah sungai besar memisahkan desa mereka dengan desa lain yang selalu terang benderang.

Suatu hari, ketika mereka berdua sedang membantu ayah mereka menjaga ternak, Agnes dan adiknya mendengar suara lonceng di dalam gua, mereka mengikutinya menuju ke dalam gua sampai menemukan lubang di permukaan tanah (parit) yang sampai ke Woolpit. Saat itulah kedua anak itu terlihat oleh para penduduk desa yang ada di ladang.

Kisah anak-anak hijau ini pertama kali diceritakan oleh penulis abad ke-13 bernama William of Newbridge dan Ralph of Cogestal. William (1136-1198), seorang sejarawan Inggris, menceritakan kisah ini dalam karyanya berjudul "Historia rerum Anglicarum" atau "History of English Affairs" yang menceritakan sejarah Inggris dari tahun 1066 hingga tahun 1198.

Sedangkan Ralph (meninggal tahun 1228) menceritakan kisah ini dalam karyanya "Chronicon Anglicanum" atau "English Chronicle" yang menceritakan sejarah Inggris antara tahun 1187 hingga 1224. Ralph juga mengaku bahwa ia sering mendengar mengenai anak-anak hijau ini dari Sir Richard de Calne sendiri.

Selain kedua sumber utama di atas, kisah misterius ini juga bisa ditemukan sebagai referensi dalam buku-buku abad pertengahan lainnya seperti "The anatomy of Melancholy" yang ditulis oleh Robert Burton pada tahun 1621 dan "The Fairy Mythology" yang ditulis oleh Thomas Keightley pada tahun 1828.

Kisah ini juga beredar dengan beberapa versi yang sedikit berbeda. Ada yang mengatakan kalau sesungguhnya anak-anak hijau ditemukan pada masa pemerintahan raja Henry II, bukan Raja Stephen.

Bagi sebagian orang, kisah ini hanyalah sebuah mitos. Seorang ahli cerita rakyat Inggris bernama Dr.Katharine Briggs menulis dalam "A Dictionary of Fairies" yang terbit tahun 1976 bahwa kisah ini mengandung banyak unsur legenda dan mitos, seperti warna hijau, tanah yang selalu gelap dan dunia bawah tanah. Ia menganggap cerita ini penuh dengan aspek mitologi dan dongeng.

Namun bagi yang lain, kisah ini mungkin benar-benar terjadi. Karena itu beberapa penjelasan berusaha diberikan.

Teori yang paling ekstrem mengatakan kalau kedua anak ini datang dari dunia lain di dalam bumi yang dengan suatu cara menemukan pintu dimensi lain yang telah membawa mereka ke Woolpit.

Teori lain mengatakan bahwa mereka adalah anak-anak alien yang secara tidak sengaja mendarat di bumi. Salah satu pendukung teori alien ini adalah astronom Skotlandia bernama Duncan Lunan. Pada konferensi yang diselenggarakan oleh majalah Fortean Times, ia mengatakan bahwa kedua anak itu adalah alien yang dikirim ke bumi dari planet lain. Teori ini terdengar seperti kisah Clark Kent.

Namun, para penduduk Lokal Suffolk punya teori sendiri. Mereka percaya bahwa legenda ini berasal dari kisah nyata yang terjadi di Waylan Wood.

Menurut legenda, ada seorang pria yang menjadi wali dua anak kecil, seorang anak perempuan dan seorang anak laki-laki.

Pria ini adalah paman kedua anak itu. Untuk menguasai harta warisan kedua anak itu, sang paman meracuni kedua anak ini dengan arsenik dan membuangnya ke hutan. Kedua anak ini tidak mati, namun karena efek arsenik, kulit mereka berubah menjadi hijau hingga mereka berhasil sampai ke Woolpit. Teori ini cukup rasional, walaupun tidak diketahui apakah arsenik bisa mengubah warna kulit menjadi hijau.

Teori terbaru mengenai anak-anak hijau ini diajukan tahun 1998 oleh Paul Harris.

Menurutnya, sebelum masa pemerintahan Henry II, Inggris timur banyak dimasuki oleh para pedagang Flemish (Belgia - Belanda). Ketika Henry II menjadi raja, para pedagang ini mengalami banyak penganiayaan dan pada perang St.Edmund tahun 1173, banyak diantara mereka yang dibantai.

Harris mengatakan bahwa kedua anak itu kemungkinan adalah keturunan para pedagang yang berasal dari desa dekat Fornham St.Martin yang berada hanya beberapa mil dari Woolpit dan dipisahkan oleh sungai Lark.

Kedua anak tersebut mungkin berhasil melarikan diri dari pembantaian menuju hutan Thetford. Hutan itu hanya sedikit menerima cahaya matahari sehingga membuat mereka mengira bahwa mereka berada di daratan yang gelap. Jika kedua anak itu melarikan diri dalam waktu yang cukup lama, mereka akan mengalami penyakit kekurangan gizi yang disebut Chlorosis (Green Sickness) yang membuat kulit menjadi hijau.

Harris juga percaya kalau suara lonceng yang mereka dengar adalah suara lonceng gereja di dekat St.Edmund yang kemudian menyebabkan mereka sampai ke Woolpit. Ketika mereka sampai ke Woolpit, mereka menjadi disorientasi karena lama tidak melihat cahaya. Pakaian mereka yang berasal dari pedagang Flemish dan bahasa yang berdialek Flemish tentu saja akan membuat penduduk desa keheranan.

Teori Harris sepertinya cukup masuk akal dan bisa menjelaskan banyak teka-teki yang meliputi kisah ini. Karena itu teori ini dianggap sebagai teori terbaik mengenai anak-anak hijau dari Woolpit. Namun, soal benar tidaknya teori ini, tentu saja tidak ada yang bisa memastikan.

Apakah anak-anak hijau tersebut benar-benar ada ?

Mungkin kita tidak akan pernah tahu. Bisa saja, legenda ini hanya sebuah imajinasi dari penulis abad pertengahan yang ditulis dengan gaya alegori.

Atau, mungkinkah kisah ini benar-benar terjadi, namun diceritakan dengan dramatisasi ?

Jika teori Harris memang benar, agak mengherankan memang. Mengapa kedua anak itu tidak berkata saja : 'Orang tua kami dibantai, kami melarikan diri dan tersesat di hutan'. Mengapa harus ada cerita mengenai daratan gelap, Penduduk St.Martin yang semuanya berkulit hijau, masuk ke gua misterius dan sampai ke Woolpit ?

Menurut saya, kisah ini akan tetap menjadi salah satu dari sekian banyak kisah yang tidak terpecahkan.

Sumber : dari berbagai sumber


hehehe,.iklan,.
jom join YouthSays Malaysia,..join ja bah,.free gak,.
klau bminat click 'Daftar' di bawah ni:
Daftar
ok,.tq..

Thursday, June 10, 2010

Cuba teka berapa orang dalam gambar ini.


Dapatkah anda melihat empat orang dalam gambar kedua ini?

hehehe.....just for fun...selamat mencuba..

Para ilmuwan untuk pertama kali menggambarkan ciri di bahagian bawah tengkorak "Tiktaalik roseae", yang disebut "ikan berjalan" yang ditemukan di Kutub Utara Canada pada 2004.

Haiwan tersebut dipandang sebagai haiwan penting peralihan dalam evolusi ikan jadi amfibi, haiwan bertulang belakang pertama yang hidup di darat.

Penemuan itu memperlihatkan bahawa perpindahan dari air ke darat lebih rumit dibandingkan dengan semata-mata perubahan sirip ikan jadi kaki, tulis para saintis tersebut di dalam jurnal Nature.

Kepala haiwan tersebut memperlihatkan perubahan dari ikan yang lebih primitif yang membantu menyesuaikan diri dengan kondisi bernafas dan cara makan baru yang disajikan oleh lingkungan Bumi, kata para saintis itu. Seperti sebahagian ikan lain pada zamannya, haiwan tersebut memiliki insang dan paru-paru.

"Bukannya saya ingin mengatakan bahwa Tiktaalik sendiri adalah haiwan Bumi. Haiwan itu menghabiskan sebagian besar waktunya di air, tentu saja," kata Jason Downs dari Academy of Natural Sciences di Philadelphia, salah seorang peneliti, dalam suatu wawancara telefon.

"Jadi, apa yang sesungguhnya diperlihatkan ialah banyak perubahan yang terjadi ini dan semua yang pernah kita hubungkan dengan kehidupan bumi mulai bergeser, hingga menyesuaikan diri dengan kehidupan di lingkungan air cetek yang mungkin dihadapi Tiktaalik," kata Downs.

Haiwan tersebut tampaknya mendiami daerah lumpur dataran rendah air tawar di lingkungan subtropis. Haiwan itu adalah pemangsa daging akuatik dengan tubuh besar dengan panjang 2.7 meter, gigi tajam dan kepala datar seperti buaya dan tak mirip ikan primitif.

Haiwan tersebut mungkin dapat keluar dari air untuk tamasya singkat ke darat. "Ikan di air, serangga di darat --itu dapat memangsa semuanya jika anda memperhatikan tengkorak tersebut," kata Neil Shubin dari University of Chicago, seorang peneliti lain.

Tiktaalik dipandang sebagai pelopor dari semua haiwan bertulang belakang daratan termasuk amfibia, reptilia, mamalia dan akhirnya manusia. Para ilmuwan itu menggambarkan ciri utama di jaringan otak dan kepalanya dan kecenderungan dalam ukuran tulang yang disebut "hyomandibula".

Pada ikan, tulang itu berhubungan dengan otak, langit-langit mulut dan susunan insang serta mengkoordinasikan gerakan mereka selama bernafas dan makan di bawah air.

Sebagai haiwan darat yang berevolusi, "hyomandibula" akhirnya menjadi "stapes" --salah satu tulang kecil di tengah telinga.
Tiktaalik memiliki ciri beberapa ikan yang lebih primitif yang hidup serta ciri amfibia pertama berkaki empat yang hidup di darat.

Siripnya memiliki bahu dan pergelangan yang dapat dilihat dalam satu langkah evolusi mengarah jadi kaki yang dapat digunakan untuk berjalan di tanah kering.

Bahagian bawah tengkoraknya tetap tertanam di batu semasa ditemukan Tiktaalik diumumkan. Dengan menggunakan jarung untuk mengeluarkannya dari batu sedikit demi sedikit dengan menggunakan mikroskop, para saintis telah melakukan kajian mengenai bahagian dalam tengkorak haiwan tersebut.



Sumber : http://beritatekhnologi.blogspot.com/2010/04/di-kutub-utara-ada-ikan-yang-bisa.html


Tulisan ini awalnya ditulis dalam bahasa Cina. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (kemudian ke dalam bahasa Indonesia).

Seorang guru sejarah melakukan kajian, dan tentu saja foto ini adalah NYATA dan benar-benar ada.

Berasal dari tahun 1920-an, dari sebuah desa di China. Umur sang gadis 17 tahun. Dia berasal dari keluarga yang berada dan kaya. Dengan kekuatan wang, dia berhasil mendapatkan lelaki idamannya.

Jejaka tersebut berumur 19 tahun, dan cukup popular di mata para gadis-gadis kerana ketampanannya. Mereka bertunang tetapi upacara pernikahan secara rasmi belum terlaksana kerana sang gadis meninggal akibat demam yang kuat, pada tahun 1922.

Sang jejaka tidak ingin menjalani ritual tradisional; menikah dengan orang yang telah mati, dan memutuskan untuk melarikan diri dan menjadi tentera. Tetapi, seperti telah disebutkan, sang gadis berasal dari keluarga yang kaya, dan anggota keluarganya berhasil membawa sang jejaka untuk kembali. Kemudiannya, sang jejaka dipaksa untuk menjalani ritual itu dengan menikahi gadis yang telah mati. Foto ini diambil pada tengah malam, ketika sang gadis telah mati selama 6 hari.

Mereka harus menyangga tubuh sang gadis dengan papan kayu, agar dapat berdiri dengan tegak. Perhatikan bahawa kaki sang gadis tidak menyentuh tanah secara penuh. Juga kelihatan 2 baris huruf Cina, yang mana, satu barisnya di tulis secara terbalik, yang dikatakan diperuntukkan bagi yang telah mati. Mereka mengatakan, jika anda menatap foto ini dalam tempoh yang lama dan jika sang gadis tersenyum balik kepada anda, hal buruk akan terjadi kepada anda. Ini kerana sang jejaka tidak ingin menjalani ritual tersebut. Namun, sang jejaka sangat miskin, dan tidak dapat melakukan apapun pada waktu itu.

Sang gadis sangat mencintainya, dan memaksanya untuk bertunangan. MENYERAMKAN??? Anda yang menentukan... Saya tidak berasa apa-apa ataupun melihat sang gadis tersenyum balik kepada saya...ANDA???

Mengikut sumber yg boleh dipercayai, gambar ini adalah original. Lihat pada muka pengantin perempuan. Kelihatan yang mata dan pipi perempuan itu jatuh, tanda sudah mati. Selain itu, mulut sang gadis juga terbuka sedikit. Itu biasa terjadi pada orang yang sudah mati kerana otot rahang sudah tidak berfungsi. Berbeza dengan pengantin lelaki, yang mukanya masih elok.

Kaki perempuan itu pun tidak menjejak tanah, kerana mereka menggunakan papan untuk mendirikan mayat tersebut. Macam mana mereka dirikan...masih menjadi misteri.

Wednesday, June 9, 2010

1. Lucifer (Pride/Kebanggaan)


Dalam bahasa Latin, kata "Lucifer" yang berarti "Pembawa Cahaya" (dari lux, lucis, "cahaya", dan "ferre", "membawa")adalah sebuah nama untuk "Bintang Fajar" (planet Venus ketika muncul pada dini hari). Lucifer menurut kisah-kisah dulunya adalah malaikat, namun akhirnya diturunkan ke bumi karena menentang Tuhan, yang ketika itu mulai menciptakan Adam.



2. Mammon (Greed/Keserakahan)

Mammon adalah iblis keserakahan, kekayaan dan ketidakadilan. Orang-orang yang menyembah Mammon yang setara dengan orang-orang rakus pada uang. Nah gambar di atas memperlihatkan Mammon sedang menahan uang/harta di pangkuannya (itu artinya pelit) dan menginjak kepala seseorang (itu bisa diartikan menginjak penyembahnya atau bisa pula sedang menginjak orang lain untuk kekayaannya).


3. Asmodeus (Lust/Nafsu seks berlebihan)

Asmodeus adalah setan nafsu dan karena itu bertanggung jawab untuk memutar hasrat seksual orang. Dikatakan bahwa orang yang jatuh ke cara Asmodeus akan dihukum selamanya di neraka tingkat kedua. Dia membawahi tujuh puluh dua pasukan setan di bawah komandonya. Dia adalah salah satu raja neraka di bawah Lucifer. Dia digambarkan muncul dengan tiga kepala, yang pertama adalah seperti banteng, yang kedua seperti laki-laki dengan mahkota, dan yang ketiga seperti domba jantan. Dia memiliki ekor ular, dan dari mulutnya mengeluarkan api. Selain itu, ia duduk di atas sebuah neraka naga dan memegang tombak.

4. Leviathan (Envy/Iri hati)

Leviathan adalah salah satu dari tujuh pangeran dari neraka dan pintu neraka ada di mulutnya (Hellmouth). Leviathan identik dengan rakasa laut besar. Leviathan adalah salah satu setan yang dikatakan untuk menggoda laki-laki dalam melakukan penghujatan. Penghujatan ini bisa diartikan karena alasan dendam yang timbul karena iri atau dengki dengan sesuatu hal.

5. Beelzebub (Gluttony/Rakus makan)

Beelzebub adalah nama dari salah satu dari tujuh raja neraka dan digambarkan sebagai dewa lalat. Dia mengajak seseorang untuk makan banyak, mahal, rakus, dan pilih-pilih makanan. Dosa ini kelihatan kecil, karena hanya masalah makan, tetapi ernyata menjadi dosa yang besar.

6. Satan/Amon (Wrath/Kemarahan)

Dia adalah perwujudan dari antagonisme yang berasal dari agama-agama Abrahamik. Dia memunculkan kemarahan yang akhirnya bersifat detruktif dan menimbulkan dosa. Contoh dari akibat dari dosa ini adalah membunuh (bisa juga membunuh orang lain buat pemujaan). Namun yang paling berat dari dosa ini adalah bunuh diri.

7. Belphegor (Sloth/Kemalasan)

Belphegor digambarkan dalam dua model berbeda: sebagai seorang wanita muda yang cantik ketika di dunia atau sebagai iblis berjenggot mengerikan dengan tanduk dan kuku yang tajam. Dia sering dikatakan juga sebagai iblis kekayaan yang didapat dengan licik. Dia mendorong seseorang untuk mendapatkan kekayaan dengan cara mudah dan jika perlu dengan menipu. Sebagai contoh adalah korupsi. Nah, setelah kaya maka waktunya untuk bermalas-malasan tanpa bekerja. Kemalasan, bagi kita biasanya bisa menjadi sebuah kebiasaan. contoh paling mudah adalah menunda pekerjaan dan terus mencari pekerjaan yang mudah dengan hasil yang be

sumber: http://hermawayne.blogspot.com/2010/05/iblis-iblis-yang-mewakili-7-dosa.html









Seorang seniman menggunakan 26 jenis buah untuk membuat miniatur kota London. Carl Warner dan teamnya yang terdiri dari 5 pembuat model memakan waktu hingga 3 minggu menyusun landmark kota London dari makanan mulai dari melon sampai asparagus.

Dengan hati-hati mereka membangun gedung-gedung dan yang terpenting adalah menjaga kesegaran buah-buahan dan sayuran yang digunakan demi kesempurnaan hasil akhirnya. Setelah merekatkan semuanya satu sama lain, barulah mereka mengambil gambar-gambarnya yag luar biasa indah ini.


Pada gambar di atas, BIG BEN dibuat dari irisan lemon, The Houses of Parliament (gedung parlemen) dibuat dari campuran asparagus, kacang-kacangan dan jagung muda.

The London Eye menggunakan kacang panjang hijau untuk jari-jarinya dan kapsul penumpangnya menggunakan tomat muda. "Gherkin" dibuat dari dua jenis melon dan ditambahkan dengan kacang panjang hijau.
"Nelson's Column" dibuat dari timun dengan labu hijau muda, lalu sebuah wortel dipadukan dengan kacang dan almond. Sementara itu "St Paul Cathedral" bagian atasnya terbuat dari wortel, labu hijau, labu kuning, dan bawang muda. Bangunan terkenal karya Christopher Wren dari abad 17 ditransformasikan melalui sebuah melon dan kolom-kolomnya disusun menggunakan jagung-jagung muda.

"Tower Bridge" menggunakan pir nanas dengan seledri dan irisan menara dari terigu. "Tower of London" ditampilkan menggunakan stik-stik roti dan biskuit gandum, sementara susunan batu bata yang rumit dibuat menggunakan irisan-irisan dari tepung terigu.
Ada yang menggunakan vanila untuk lampu-lampu dan masih banyak lagi bangunan atau landmark kota London yang dipresentasikan dengan indah menggunakan buah-buahan dan sayuran ini.


Anda boleh lihat videonya di youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=Q2PY5cL_tgc

Sumber: http://aneh-tapi-nyata.blogspot.com/2009/12/kota-london-dari-buah-buahan-dan.html

Tuesday, June 8, 2010

Wajah Misteri

Wajah siapakah itu? Antara misteri persoalan yang belum terjawab hingga kini. Memang tidak dapat dinafikan lagi, sebentuk wajah bersaiz gergasi mirip seorang lelaki yang berusia telah muncul di sebalik kepulan asap tebal berwarna kelabu yang mencemari udara. Fenomena aneh sebegini amat jarang sekali berlaku apatah lagi pada waktu siang. Ramai pihak bingung memikirkan kejadian sebegini, dan hingga kini masih belum ada jawapan yang pasti mengapakah ia berlaku dan apakah mesej yang cuba disampaikan.

Wajah misteri muncul? Cuba anda perhatikan bulatan yang terdapat pada gambar tersebut, itulah wajah misteri yang muncul sebalik ombak besar yang menghempas kapal di mana datangnya secara tiba-tiba. Banyak persoalan telah dibangkitkan oleh ramai pihak, namun tidak kurang juga dengan yang kurang percaya. Dan apa yang pasti, segalanya tidaklah menghairankan kerana di laut sememangnya dihuni oleh pelbagai makhluk halus yang tinggal di dalamnya umpamanya iblis laut. Sesuai dengan sebuah hadis yang menyatakan makhluk halus bukan sahaja hidup di udara tetapi dalam tanah dan juga di dalam air.

Sumber: dari berbagai sumber


Di Gongxian,China, terdapat satu perkuburan tergantung yang dikenali sebagai ” Hanging Coffins of Bo People”.Kawasan tersebut didiami oleh satu kumpulan etnik minoriti puak BO yang hidup di wilayah barat daya Yunan seawal 3,000 tahun yang lalu.


Perkuburan tergantung ini telah ditemui pada tahun 1949 dan projek pemuliharaan keranda tersebut dimulakan pada kali pertama pada 1974 hingga 1985.Kemudian , disambung semula pada September 2002.

Laporan kajian awal menyebut terdapat sejumlah 280 buah keranda tergantung di wilayah Gongxian.Walau bagaimanapun , semenjak 10 tahun yang lalu hampir 20 buah keranda yang mencecah 130 meter dari tanah telah jatuh di kaki gua dan rosak.

Pada 16 September 2002 ,sekumpulan pasukan yang terdiri daripada pakar muzium dan kebudayaan bergegas ke Matangba untuk melakukan penyelidikan.Mereka menemui sebuah keranda yang mempunyai rangka kepunyaan seorang ahli pua Bo terakhir yang dikatakan hidup pada 400 tahun yang lalu.Di dalam keranda tersebut , ditemui pasir dan tiada artifak pengkebumian seperti keranda purba yang lain.Namun,selepas kajian lanjut ,berkemungkinan berlaku percerobohan kerana kedudukan keranda tersebut yang berada 20 meter sahaja dari tanah.

Pasukan tersebut menjalankan operasi pemuliharan dengan prosedur yang ketat.Sejenis minyak ‘tung’ di gunakan untuk merawat dan mengekalkan keranda purba tersebut.Keesokan harinya,lima buah keranda telah dibuka dan mereka menemui mangkuk porselin biru dan putih , dua bilah pisau dan dua bilah tombak.Artifak ini bertarikh semasa era Dinasti Ming.


Siapa Puak Bo ?

Puak Bo merupakan golongan etnik minoriti yang tinggal luar sempadan wilayah Shicuan dan Yunnan.Mereka telah mencipta satu budaya yang cemerlang seawal 3,000 tahun yang lalu.Nenek moyang kaum Bo juga telah menolong Western Zhou (c.1100 – 771 BC) untuk menggulingkan Dinasti Shang (c.1600 – 1100 BC).

Kaum Bo berbeza daripada kumpulan etnik yang lain terutamanya mengenai kaedah pengkebumian mayat.Keranda diperbuat daripada kayu balak yang keras dan tidak bercat.Kemudian keranda tersebut digantung pada dinding gua dan batu dan masih elok walaupun melebihi beribu-ribu tahun.Kaedah tersebut banyak digunakan pada masa itu sebelum kaum Bo pupus secara misteri.

Mr Jacques Yves Costeau yang merupakan seorang ahli oceanografe dan ahli selam yang terkemuka dari Perancis telah menemui menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Seperti yang kita lihat dalam gambar ini, ia juga lengkap dengan pepohon dan daun-daunan. Di samping itu, sesetengah pengkaji mengatakan itu bukan sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida.

Office Pelik



Gambar di atas ini merupakan pejabat Selgas Cano Architecture yang dibina di Madrid, Spain. Pejabat ini agak unik kerana ia dibina di bawah tanah dan ia agak seram sedikit kerana ia dibina di hutan.




  1. Jika dihimpunkan kesemua arang, minyak dan gas di seluruh planet bumi, ia hanya mampu untuk mengekalkan pembakaran matahari selama beberapa hari sahaja.
  2. Porpoise, sejenis ikan paus yang bermuncung seperti ikan lumba-lumba, akan berenang dalam bulatan secara perlahan-lahan ketika sedang tidur.
  3. Setiap bintang akan selesai mengelilingi galaksi Bima Sakti setiap 200 juta tahun sekali atau lebih.
  4. Straw dipercayai dicipta oleh pembuat bir pada zaman Mesir purba bertujuan untuk merasa hasil bir ciptaan mereka tanpa mencecahkan bibir pada buih bir tersebut yang timbul di dalam bekasnya.
  5. Perkataan 'cop' berasal daripada 'Constable on Patrol' yang sering digunakan oleh anggota polis di England.
  6. Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498.
  7. Terdapat kira-kira 15gram garam dalam setiap gelen air laut.
  8. Pada tahun 1983, seorang artis Jepun, Tadahiko Ogawa telah membuat potret Mona Lisa yang kedua. Bukan dengan cat, tetapi menggunakan serbuk roti.
  9. Pada tahun 1990, sekumpulan jurutera telah memecahkan batu terakhir di dalam terowong kereta api dasar laut yang dibina merentasi Selat Inggeris. Dengan siapnya terowong dari England ke Perancis itu, bermakna Britain dan tanah besar Eropah yang dahulunya bercantum (pada Zaman Ais) telah dapat disatukan semula.
  10. Bukan saja ular, malah manusia juga 'bersalin kulit'. Seumur hidup, kita 'bersalin kulit' kira-kira 1,000 kali, iaitu apabila sel-sel kulit yang mati digantikan dengan yang baru.
  11. Di hutan Irian Jaya, wujud satu puak asli berkulit putih dan bertubuh tinggi yang menggunakan burung kakak tua sebagai pemberi amaran kepada orang asing yang cuba menceroboh kawasan petempatan mereka.
  12. Di Papua New Guinea pula, terdapat kampung-kampung yang jaraknya hanya 3 kilometer antara satu sama lain tetapi penduduknya menggunakan bahasa yang berlainan.
  13. Di Pergunungan Andes, penduduk di kawasan itu biasanya mengukur masa dengan berapa lama sebatang rokok itu habis dihisap.
  14. Di kawasan Artik, ada waktunya matahari kadangkala kelihatan berbentuk empat segi.
    Adakah bentuk matahari tersebut seperti yang kita lihat dalam gambar di bawah ini?
  15. Terdapat sebuah tempat yang menakutkan di Gurun Durango, Mexico yang dipanggil Zon Sunyi. Apabila berada di sana, anda tidak akan dapat menerima isyarat televisyen mahupun radio dengan dengan jelas. Selain itu, penduduk di kawasan tersebut mendakwa sering melihat bebola api misteri yang tiba-tiba muncul di angkasa.
  16. Terdapat sejenis tiram di Kepulauan Carribean yang boleh memanjat pokok.
  17. Artis-artis terkenal Jimmy Hendrix, Janis Joplin dan Jim Morrison meninggal dunia semasa mereka baru berusia 27 tahun.
  18. Bekas Presiden Amerika , Jimmy Carter adalah seorang pembaca yang pantas. Beliau berupaya membaca 2,000 patah perkataan seminit.
  19. Semasa era Victoria, terdapat ketakutan yang melampau jika manusia dikebumikan sebelum ia 'benar-benar sudah mati'. Jadi, apabila seseorang dianggap sudah meninggal dunia, satu lubang kecil akan digali dari keranda ke permukaan tanah. Kemudian seutas tali akan diikat pada tangan mayat yang disambung kepada sebiji lonceng kecil tapi kuat bunyinya. Ini dilakukan supaya apabila seseorang yang dikebumikan itu masih hidup, mereka boleh membunyikan lonceng tersebut dan orang yang ditugaskan menjaga kubur tersebut (24jam setiap hari!) akan menggali pusara berkenaan dan membawa mereka keluar.
  20. Paku besi tidak boleh digunakan pada kayu oak kerana asid di dalam kayu itu boleh mengaratkannya dengan cepat.
  21. Kapal terbang dilarang terbang di atas bangunan Taj Mahal.
  22. Pada zaman Mesir kuno, masyarakat negara itu membayar cukainya dengan menggunakan madu. Sementara itu, buah aprikot pada masa itu dipanggil 'telur matahari'.
  23. Satu kebakaran besar telah berlaku di London pada tahun 1666 menyebabkan separuh daripada kota raya itu musnah. Namun peliknya, hanya enam orang saja yang cedera dalam malapetaka tersebut.
  24. Pada zaman Pertengahan dahulu, mahkamah tertinggi di Perancis telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seekor lembu kerana didapati bersalah mencederakan seorang manusia.
  25. Di Tokyo, terdapat kedai yang menjual rambut palsu untuk anjing.
  26. Di Turki, warna yang melambangkan kesedihan ialah ungu. Pemilihan warna ini memang aneh kerana di kebanyakan tempat di dunia, warna berkabung ialah putih dan hitam.
  27. Di Bangladesh, kanak-kanak seawal usia 15 tahun boleh dipenjarakan jika meniru di dalam peperiksaan akhir.
  28. Pada zaman India dan China kuno dahulu, penduduk di bebrapa bahagian negara itu menganggap daging tikus sebagai hidangan yang amat lazat!
  29. 'Y' adalah nama tempat yang paling pendek di dunia. Ia terletak di Perancis dan penduduknya menggelarkan diri mereka Ypsilonien.
  30. Pada tahun 40-an, pen berjenama Bich telah ditukar kepada Bic, untuk mengelakkan warga Amerika daripada menyebut 'Bicth' (perempuan jalang).
  31. Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang pengembala kambing.
  32. Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke arah sebelah barat.
  33. Gerard Hommel sudah enam kali mendaki gunung Everest. Baginya ketinggian, terjatuh, kesejukan dan cedera adalah masalah kecil. Gerard hanya menyedari hakikat bahaya jatuh pada Oktober 1993, apabila beliau terjatuh dari tangga semasa hendak menukar mentol lampu dapur di rumahnya, di Nantes, Perancis. Gerard mati dalam kejadian itu selepas tengkorak kepalanya retak akibat terhantuk pada sinki.
  34. Selain daripada mulut, katak dan berudu boleh makan menggunakan mata. Caranya untuk menelan, haiwan itu menutup kelopak mata, menekannya ke bawah menggunakan bola mata dan menurunkan lelangit hingga ke lidah, menekan makanan itu ke bawah lagi dan seterusnya masuk ke dalam perut.
  35. Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.
  36. Selepas makan, lalat akan memuntahkan kembali makanannya dan kemudian memakannya balik.
  37. Angsa-angsa di England adalah harta Permaisuri.
emm....pelik-pelik juga fakta yea ne kn....

;;

Template by:
Free Blog Templates